RAMAI IBU MENYUSU NAK KURUS, TAPI TAK TAHU CARA BETUL


Semua wanita yang telah melahirkan anak mempunyai harapan untuk kembali ke saiz badan asal sebelum hamil. Namun, ada juga yang teragak-agak untuk berdiet kerana sedang menyusu badan. Malah, ada yang menggembar-gemburkan keburukan diet kerana dikhuatiri proses penghasilan susu badan akan tersekat. Benarkah begitu? Jadi, bagaimana cara diet untuk ibu menyusu sebenarnya? 😃

Jangan risau, selain menjaga pemakanan, anda boleh mengikuti tips kurus dan diet ibu menyusu yang takkan memberi kesan kepada susu badan. 

 #1 : Minum Banyak Air

Air sangat penting untuk ibu menyusu dan ia berfungsi sebagai minuman terbaik. Ibu menyusu harus mengambil sekurang-kurangnya 12-16 cawan air setiap hari. Setiap cawan mestilah kira-kira 150-180ml. Ia akan membakar kalori tubuh badan dan lemak berlebihan untuk lebih kurus tanpa jejaskan susu badan.

 #2 : Makan makanan yang berkhasiat terutama sayur

Gandakan pengambilan sayur sayuran hijau seperti sayur bayam, brokoli dan sawi. Ia bukan saja boleh beri nutrisi kepada pembesaran bayi malah membantu melawaskan penghadaman kita.

 #3 : Senaman Ringan dan Sederhana

Senaman sederhana akan memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot otot kekal kuat. Kalau tak dapat bersenam, mummy nak lakukan aktiviti riadah yang ringkas seperti berjalan jalan selama 30 minit sambil menolak bayi agak baik juga. 

 #4 : Kerap Beri Susu
 "Betul ke susukan bayi boleh kurus?"

Ya betul. Percaya atau tidak, menyusukan bayi dari badan dapat mengurangkan kalori tubuh badan. Cuba pamkan pada masa yg tetap dan sekerap anda yang boleh. Susu badan keluar dengan banyak akan menyebabkan susu lebih bertambah kelak dan badan mudah kurus.

 #5 : Bertenang, Jangan Stress

Stress akan menyebabkan berat tubuh badan meningkat dan tubuh tidak terjaga rapi. Sebaiknya, sentiasa berfikiran positif dan sentiasa rileks.

Itulah dia 5 Tips diet ibu menyusu yang boleh diamalkan oleh semua ibu menyusu untuk kurus tanpa jejaskan susu badan sedikit pun. Selamat Mi! ❤️

MILKBOOSTER

Ulasan

Catatan Popular